07 Februari 2011
Makna PARAGON
Assalamualaikum wrt wbt kepada anda yang sudi melayari blog saya. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya kita dapat bernafas dengan udara yang Allah beri . Mesti ada antara kita yang akan bertanya apakah yang dimaksudkan dengan paragon ? Paragon bermaksud teladan yang sempurna atau boleh juga ditakrifkan sebagai sebaik - baik manusia . Bagi kita siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi saya maksud tajuk blog saya " Mencari Paragon " bukanlah bermaksud mencari Nabi kita kerana seperti yang sudah kita tahu tentang sirah Nabi , Rasulullah s.a.w sudah meninggalkan kita sudah lama. Jadi , maksud di sebalik tajuk blog saya ini ialah mencari ajaran yang telah Nabi s.a.w telah tinggalkan kepada kita. Dalam erti kata yang lebih mudah , menuntut ilmu . Jadi melalui blog ini , Insya Allah saya akan berkongsi kepada anda semua tentang apa yang saya telah pelajari sepanjang usia saya. Sekian , Wassalam. ( p/s : Diharapkan agar anda semua dapat memberi teguran seandainya ada kesilapan dalam blog saya )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan